Tuesday, 4 June 2013

LimaJunDuaRibuTigaBelas.

Hai.hum.lama dah aku tak menaip dekat blog yang xberapa nak orang baca .sekurang2nya macam diary aku jela.hehe.banyak jadi dalam dua tiga bulan ni.aku just nak cerita tentang seseorang yang aku rindu nak jumpa bila aku balik ni dan semestinya orang tu MAZRAN TALHAH.


ni ha mamat serabut yang aku nak cerita.hahah..sorry syg klu kau baca ni.ni pon pic aku amik kat bonk.gamba ni satu je aku save.kau jgn perasan k..aku xde nak stalker kau byk2 mcm kau buat kat aku.!
aku kenal die,masa dekat poli time tu sem2.kenal sekadar kwn2 sebab die kwn satu kos dgn ex aku zul.time tu aku hangat bercinta dgn zul.haha.then aku break dgn zul aku rapat dgn kwn2 die..nama2 lain xperlulah nak nyata kat sini.bila kenal,aku dgn die kami brckp mmg kasar.die layan aku pn kasar.xpernah pun nk ckp baik,tp ade la sakli dua die sembang lelok dgn aku.wehh..melting habis kot aku.hahah.so xpyh la ckp lembut dah.geli pun ade.banyak kami plan sama2,nk buat mcm2,tapi xde kesempatan masa.aku now kat kedah die kat n9.tunggu tawaran nk smbg lagi degree katanya.last aku jumpa die masa cuti sem aritu.seperti biasa byk la potpet duk komplen aku mcm2.gemok la itu la inila.xde yg perfect pun aku ni kat mata die.yapi hati aku alahai syg je die.hahah..kau kalau baca ni jgn muntak pek.aku mmg ikhlas ckp..hati die ni keras,susah nak mengaku ape die rasa.tapi aku klu aku rasa nak luah dekat die apa aku rasa aku cakap je.aku tak pikir ape dah..nk ckp syg ke mnyampah ke rindu ke..die lagilah rindu stalker ak..euww tak malu..hehe...

ruangan ni aku just cite yg balik ni cuti aku nk jmpe die kalau boleh.tu je..semoga ada jodoh antara kami...;)


Tuesday, 8 January 2013

ohoi..semua nak balik..

Salam -_-''
Nampak dan boleh rasa tak mood aku sekarang??..grrr...semenjak bb aku rosak,rasa macam terkeluar dari dunia teknologi kejap..haha..dulu aku jarang topup.depends on bb tu jela.whatsapp and bbm je semua kalau apa2..ni tak ada bb bergantung pada samsung tu jela..cinta lama tu jugak yg berjasa pada aku..hmmm...dulu lappy aku bukak sekadar nak buat assgmnt and dengar radio online je..now lappy la utk aku check email and online...nampak tak bezanya..simpleje.aku yg buat terukkk....hm..mood nak balik!!tinggal lagi dua paper!ya Allah,sangatlah rindu nak balik.nak keluar dari kedah ni haa...cuti pulak tu tak sampai sebulan.kena balik awal lagi..oihhh..mengadu kat sini pulak dah..jiran2 blok aku nampak ade yg dah bersedia nak balik.ade yg dah balik arini dah pun..huaaaa...
bukan tu je yg menganggu fikiran aku sekarang sebenarnya...Allah je la tau...kenangan mmg kita tak boleh nak buang kan?kalau la aku boleh undurkan masa..tapi masalahnya tak boleh.hehe..aku kena hadapi walau apa pun jadi.aku yakin Allah dah tentukan sesuatu.pasti ada hikmahnya...semoga Allah permudahkan segalaNya..amin...

Saturday, 5 January 2013

Red.fm online (LIVE)

Jom layan red.fm..lagu semua best2!waktu paling syok dengar 12 malam ke atas and pagi2.hehe...blink blink.caloo..

 klik sini--->> RED.fm Live!

Dugaan yang membolehkan kita jadi lebih KUAT!

Assalamualaikum..hai semua.bersyukur sebab masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan berpijak atas muka bumi ALLAH S.W.T..pagi ni bangun duk tepi tingkap sedut udara segar..what a beautiful morning...subhanAllah..=).malam tadi malam yg sayu sikit bagi aku.even benda dah lepas lama tapi aku masih lagi teringat2..hari2 aku doakan yg terbaik untuk semuanya.family aku family dia dan semua kawan2 aku.aku yakin yg terbaik telah ditetapkan dgn baik oleh Allah.kita tak boleh nak sangkal tu.Allah tak akan uji kita kalau kita tak kuat.kita mampu sebab tu kita diduga bermacam2.dugaan yg aku dapat ni kecik je nak dibandingkan dengan mangsa2 di Gaza.hilang keluarga,hilang tempat bergantung..hm..bersyukurlah.tu je..jenis aku pagi2 aku kena muhasabah diri sebab aku tak nak nanti satu hari aku duk fikirkan perkara yg tak sepatutnya aku fikir.then sian kawan2 aku klu aku moody nnti stress keadaan,'never overthink the smallest thing'..kita tak boleh nak stop masa dari berjalan dan kita tak boleh nk elak pun bumi ni berputar.tapi kita boleh lalui semua dugaan ni tanpa larikan diri dengan yakin pada Allah.Allah tak akan biar umat die sorang2,sedih..pasti ade sebab2.so?apa lagi.bangun dari kesedihan anda,ingat apa yg bakal ada kat depan kita pada masa akan datang.=))apa je dugaan yg korang lalui,klu hati tak senang ambil wudhuk.berzikirlah pada Allah.hanya Allah yg boleh tlg.aku sekadar menulis dari apa yg aku rasa dan aku nk kongsi..salam ahad semua.blink blink.take care

5 Levels in Doxey Model (1975)

salam.hai..ni aku nak share lagi tentang sedikit ilmu sosio tourism..tapi aku ikut bahasa aku.maaf kalau tersilap dan tolong tegur okay!sama2 belajar.okay..kita mulakan..ayoukk!
level pertama,adalah

EUPHORIA

  • Dimana level ni adalah merupakan tahap pertama dalam BUTLER Tourism Area Life Cycle.untuk tau lebih lanjut tentang TALC ni korg boleh Google.byk sangat info...
  • Tahap ni dimana host sangat mengalu-alukan pelancong datang ke tempat mereka,time ni destinasi telah pun diteroka dan dijadikan sebagai kawasan tarikan
  • Host happy sebab pelancong berminat untuk datang ke destinasi mereka
  • Selain tu banyak peluang yang host dapat,peluang pekerjaan,ekonomi kawasan meningkat dan duit pun flow in..
  • good and informal relationship between host and tourist
APATHY
  • Peringkat seterusnya ni dimana selaras dengan development kat destinasi ni,bilangan pelancong ke kawasan tu pun meningkat
  • time ni, host seen tourist as a sources of money.duit duit duit..datang la..haha
  • hubungan antara tourist and host jadi lagi222 tidak formal
  • dan tiada hubungan special pun jadi
ANNOYANCE
  • haa,time ni kalau dalam TALC model dah sekata keloknya dimana pembangunan yg melebih2 dah sampai saturation point
  • terlalu banyak pembangunan baru dan berlaku kat mana2 je kat destinasi tu contohnya servis,kemudahan dan kawasan tarikan pelancong.
  • tahap annoyance and irritation tu dah membuak2 - host tak dapat nak handle dah kedatangan pelancong ke tempat mereka dan industri ni mmg dah sampai tahap tepu
ANTAGONISM
  • ni adalah tahap kedua terakhir,yang mana host memang dah marah sangat kat pelancong segala pembangunan kat kawasan tu dikatakan memberi kesan negatif
  • the irritation become much more.
  • tahap ni jugak host dah tak boleh nak terima pelancong dah
RESIGNATION
  • tahap terakhir dalam doxey model.
  • host must learn that their ecosystem dan resources tak akan sama lagi dah lepas ni
  • jika host dapat tangani mass tourism ni mesti destination ni akan maju dan berjaya

okay so harap korang faham la dengan penerangan aku tu...ayat rojak giler tapi tu la yg aku faham nnti dalam exam aku buat ayat baik sikit la..hehe...thanks sudi belaja bersama2..blink blink..daa

Repost cerita kelmarin.

salam.hai semua...aku tengah pening kepala sebenarnya ni.paper exam kali di straight.fuh..nak dibandingkan dengan SPM dulu mcmana kita hadapi paper yg hari2 dan selang beberapa hari dalam masa sebulan?hebatnya.haha.sekarang paper yg satu hari then sekejap je pon dah stress giler..paper yg aku amin sem ni boleh dikatakan susah la jugak. 2,3,5,6 januari.nampak tak permainan HEP tetapkan jadual mcmtu?then lagi dua 13 n 17 januari..
bukan tu je aku nak cerita sebenarnya.ni haa...hari khamis lepas bertarikh 3 januari adalah pengalaman pahit dan manis aku dan kawan2 aku.haha..ceritanya bermula dari niat nak pergi buat n renew passport si am ni.kami pon g la naik kete am..utk pengetahuan semua kete tu baru je amik awal bulan 1.means kereta tahun baru.hehe.seronok la ni kami berlima time tu.aku,wahida,jeffry,pk and am,yg drivenye si pk..dalammasa nak cari pejabat imigresen tu kami sesat2 la jugak.tapi sempat singgah beli kuih tepi jalan tanya makcik jual kuih kat mana tempatnya sebab dah berpindah ke pejabat kementerian dalam negeri kedah yang baru di perlis.dalam tengah perjalanan tu punyelah happy dapat jumpe KDN sbb kami dah lapar..gelak punya hebat masing..sebelum masuk ke selekoh nak ke KDN tu kami tunggu kereta di bahagian kanan jalan kosong sebelum dapat melintas..5minit jugak la tunggu.tibe2 BUMP!!! hentakan kuat dari belakang..ALLAHHUAKBAR!aku dah tergamam.kepala jadi biol kejap..masa tu mmg jalan licin sebab hujan rintik2..am aku tgk muke rileks je.wahida dah pegang kepala...KERETA kena LANGGAR dari belakang!!ouh nooo....ok..aku pening tibe2 time tu..tak tau nak kata apa.kami pun berenti ketepi..bile tgk keadaan kereta dari belakang tak lah teruk sangat tapi bonet si pemilik kereta tu teruk.terangkat kau...si pemilik kereta pesona yg langgar kami tu namanya kak zue.pucat muka dia.tapi dia sangat baik..eh jap.sebelum cite tu kita cite situasi lain jap...kami pun dah tak tau nk buatapa tapi si pk pun cakap la camne ni kak kami dah bagi signal..aku tu dah mcm nk nngis.ye ye salah saya..saya tak sempat nak break tadi...die pun call la kawan die.kebetulan die baru je lepas singgah bengkel welding kawan die..jadi mcm tu korg jangan ingat am xjadi buat pasport..eh eh..dir n si pk boleh bantai g buat pasport 2 jam kami g settle hal kereta.hahah..sbb am yakin bukan salah die n akk tu nak settle luar.means akk tu nak bayar semua kos...
sementara tunggu am n pk buat urusan kat KDN aku pun sempatlah temuramah akk tu.namanya kak zu.baik sangat orgnya..nampak la die betul2 rasa bersalah..berapa kali mintak maaf dengan kami..aku plak yg rasa brsalah.k.zue siap nak belanja makan n minum..die kata die telah merosakkn hari kami.aku cakap la kat akk tu,klu ni hari buruk kami,am xkan g buat pasport...ni die rilek.lepas siap je kerja dorg tu kami ke bengkel kete berhampiran nk survey harga.sbb bonet n bumper kete am mmg nak kena tukar sebab rosak teruk..
kat bengkel tu kami boleh main2,gelak2 lagi..entah bile la nak serius aku pun tak tahu.hahaha..kak zue nampaknya dah mula faham tgk perangai kami.hehe.die geleng2 je..kak zue dah 30..mmg kami ni adik2 sangat la kan..hehe..lepas discuss dgn tauke bengkel tu,kereta tu pun tinggal la kat bengkel tu dgn kos rm1400 yg akn ditanggung kak zue..balik tu k.zue mintak tlg kwn die hntr kami ke UUM..siap nk bagi duit belanja kat kami.tapi takkn la nak amik.haha..kereta tu maybe siap hari selasa ni.seminggu dari tarikh kejadian...so kak zue tu bertegas jugak nak belanja.suh kami semua datang amik kereta nanti dan die nak belanja..haih..insan mcm kak zue ni sangat baik tau tak.soft spoken and bagi aku perfect.
tu jela citenye.moral of the story jangan suka sangat.haha..balik tu pun kami gelak lagi..haih.sahabat2.hahaha..okelah..aku nak smbg stdy..blink blink..=)